Seo Services

Tiga Wira Selamatkan Lebih 100 Mangsa Bot Karam Terima Anugerah Negeri




"Saya masih ingat, kami mengambil masa lebih sejam untuk menaikkan mangsa daripada sungai berarus deras itu dan walaupun penat, kami terus membantu sehinggalah kami pasti semuanya dibawa ke tebing sungai."

Demikan kata Harudis Busan, 47, salah seorang daripada tiga penerima anugerah Pingat Perwira Negeri (Gangsa) daripada kerajaan negeri Sarawak kerana menyelamatkan lebih 100 penumpang dalam kejadian bot ekspres karam di sebatang sungai di Belaga pada 28 Mei lepas.

Harudis beserta adiknya Nerius, 36, dan rakan sekerja mereka Remy Legit, 32, telah dianugerahkan pingat keberanian tersebut daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada satu upacara di Astana Negeri di Kuching semalam. 

Dalam upacara tersebut, seramai 122 orang telah di anugerahkan  pingat.

Ketiga-tiga penduduk kawasan penempatan Sekapan Panjai di daerah Belaga itu di petik dari Bernama dari berkata walaupun mereka tidak pernah menyangka akan diberi sebarang anugerah, mereka tetap berbangga menjadi penerimanya.

Harudis berkata mereka bekerja dengan sebuah syarikat pembalakan berhampiran Giam Bungan, tempat bot ekspres Kawan Mas yang sarat dengan penumpang itu terbalik dan mengakibatkan dua lelaki maut serta seorang wanita mengandung lima bulan hingga kini.

"Apabila melihat bot ekspres itu menghadapi masalah dan mula tenggelam, saya segera meminta semua rakan sekerja saya menolong mereka (penumpang)," katanya.

Harudis berkata dengan menggunakan dua bot dilengkapi enjin 30 Kuasa Kuda, mereka bergegas mendapatkan penumpang terbabit, termasuk bayi dan kanak-kanak, untuk dibawa ke tebing sungai.

Bot yang didaftarkan untuk membawa maksimum 64 penummpang, tetapi membawa lebih 200 penumpang itu, dalam perjalanan dari pekan Belaga ke Kapit apabila ia mengalami masalah enjin dan melanggar bongkah batu di tengah-tengah sungai, sebelum karam. -Sarawakiana

Tiga Wira Selamatkan Lebih 100 Mangsa Bot Karam Terima Anugerah Negeri Tiga Wira Selamatkan Lebih 100 Mangsa Bot Karam Terima Anugerah Negeri Reviewed by Salfian Nawawi on September 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.