Seo Services

MH198 Ke Hyderabad Berpatah Balik Selepas Alami Kebakaran

 
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.

Berita Harian Online dipetik sebentar tadi sebagai berkata Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.

Sumber Sarawakiana pula mendedahkan MH198 sebenarnya telah mengalami kebakaran minyak lebih kurang satu jam selepas berlepas dari KLIA namun ianya masih tidak dapat disahkan lagi kesahihannya.

Kenyataan MAS yang dikeluarkan pada pagi ini pula berkata kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran."

Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.

"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat," kata kenyataan itu lagi. -Sarawakiana

MH198 Ke Hyderabad Berpatah Balik Selepas Alami Kebakaran MH198 Ke Hyderabad Berpatah Balik Selepas Alami Kebakaran Reviewed by Salfian Nawawi on September 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.