Seo Services

UPP Adalah Sebahagian Dari BN Sarawak -Wong


KUCHING: United People's Party (UPP)  boleh mengambil bahagian di dalam Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Padang Merdeka semalam kerana ia (UPP) adalah sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ini ditegaskan oleh Presiden UPP Dato' Sri Wong Soon Koh ketika di temui pemberita di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) baru Sarawak di Petra Jaya di mana sesi persembahan Anugerah Negeri  diadakan semalam.

Beliau ditanya pemberita tentang kehadiran lebih kurang 40 ahli UPP yang diketuai oleh Temenggong Lu Kim Yong yang juga Presiden Persatuan Cina Daerah Kuching dan Samarahan pada Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri tersebut.

Wong yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam menyatakan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) juga ada mengambil bahagian di dalam Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri berkenaan.

"Ini adalah kerana UPP dan Teras juga adalah componen parti BN Sarawak maka mereka (UPP dan Teras) juga boleh mengambil bahagian di dalam majlis tersebut," tegasnya lagi. 

Untuk rekod, status UPP dan TERAS belum lagi di putuskan secara rasmi semada mereka adalah parti komponen BN Sarawak atau sebaliknya semenjak Presiden UPP (Wong) dan Presiden Teras, Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi telah mengumumkan mereka keluar dari SUPP dan SPDP pada Mei 15 yang lepas. -Sarawakiana

UPP Adalah Sebahagian Dari BN Sarawak -Wong UPP Adalah Sebahagian Dari BN Sarawak -Wong Reviewed by Salfian Nawawi on September 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.