Seo Services

Neelofa Beli Range Rover Bernilai Setengah Juta, Apa Kaitan Dengan Kerabat Diraja?


Semalam beberapa blog hiburan dengan foto pelakon dan pengacara sensasi, Neelofa disamping sebuah kenderaan mewah jenis Range Rover hangat diperkatakan.

Mana taknya, kereta tersebut bernilai lebih setengah juta. Mahu tak juling mata peminat yang melihatnya.

Screen Shot 2014-09-03 at 12.28.49 AM
 
Tapi apa nak hairan kan, Neelofa pun bukan tak mampu nak beli kenderaan mewah macam tu. Iyalah, business Neelofa kan mancanak-canak popular dipasaran sekarang.
 
Jika benar itu merupakan kereta baru gadis ini, kami ucapkan tahniah buat Lofa. Namun, nampaknya masih ada pihak yang tak suka dengan rezeki yang diraih pengacara rancangan Meletop ni.
 
Hingga ada yang sanggup mengatakan ada orang sponsorlah, kalau ada rupa, semuanya boleh dapat dengan senanglah, macam-macam lagi.

Screen Shot 2014-09-03 at 8.31.40 AM
 
Dalam pada itu, beberapa komen dari peminat telah menarik perhatian kami. Nak tahu apa?
 
Dah tentulah mengenai gosip Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat diraja. Peminat pun dah sama galak gelar Neelofa Permaisuri Lofa tau.

neelofa2
 
Betul ke tidak ni? Lofa pun masih enggan buka mulut lagi. Tapi,  ada kedengaran yang gosip ini bukan sekadar gosip saja.

Apapun, kalau kenderaan tu memang milik Lofa, kita seharusnya sama-sama berbangga kerana Lofa beli dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Yang mengenai percintaannya dengan kerabat diraja tu, biarlah Lofa sendiri yang menjawabnya nanti.-Oh Bulan!
Neelofa Beli Range Rover Bernilai Setengah Juta, Apa Kaitan Dengan Kerabat Diraja? Neelofa Beli Range Rover Bernilai Setengah Juta, Apa Kaitan Dengan Kerabat Diraja? Reviewed by uMieySurianie on September 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.