Seo Services

Permohonan "Papagomo" Untuk Kemukakan Bukti Baru Gagal


Wan Muhammad Azri Wan Deris, individu yang dikatakan sebagai penulis blog Papagomo, hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya terhadap saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia diarah membayar RM800,000.

Ini adalah susulan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menolak permohonannya untuk memperkenal bukti baru, termasuk penulisan di blog tersebut sewaktu beliau berada dalam tahanan pada 2012.

Mahkamah juga menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menerima bukti sama dalam saman lain yang difailkan oleh peguamnya Syukri Mohamed.

Wan Muhammad Azri mahu mengemukakan bukti tersebut sebagai bukti beliau bukanlah Papagomo sepertimana yang didakwa. - Sarawakiana
Permohonan "Papagomo" Untuk Kemukakan Bukti Baru Gagal Permohonan "Papagomo" Untuk Kemukakan Bukti Baru Gagal Reviewed by Salfian Nawawi on September 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.