Seo Services

Redah Sungai Untuk Bersalin

 India

India – Seorang wanita yang sedang sarat mengandung terpaksa berenang meredah sungai di kampungnya sehingga ke sebuah hospital di Bangalore, India untuk bersalin.

Tindakan wanita tersebut, Yellavva Balappa Gaddige yang selamat melahirkan bayi lelaki mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan penduduk di perkampungan atas air di Neelakantarayanagadde.

Perkampungan itu terletak jauh di kawasan pedalaman dan terputus hubungan dengan dunia luar selepas air dilepaskan dari takungan Basava Sagara.

Menurut laporan akhbar Malaysia Nanban, Yellavva berenang selama dua jam sebelum tiba di hospital berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya, Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah dan bayinya sihat dan dilahirkan seberat 4 kilogram.-suaratv
Redah Sungai Untuk Bersalin Redah Sungai Untuk Bersalin Reviewed by Unknown on September 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.