Seo Services

Boleh Dianggap ‘Setinggan’, Selagi Belum Dapat Geran

Sabah – Setiap majlis perayaan sama ada Pesta Kaamatan mahupun Pesta Kalimaran Ketua Menteri Sabah kerap kali kedengaran mengumumkan bahawa tanah tanah hutan simpan yang tidak lagi produktif akan dikeluarkan menjadi “State Land” sebelum diagih agihkan kepada penduduk luar bandar yang tidak bertanah.

Kegigihan Kemabong Rubin Balang untuk melobi Kerajaan Sabah dalam pelbagai sudut bagi mendapatkan kelulusan kerajaan agar mengeluarkan geran tanah seluas 200 ekar yang diambil alih oleh Sime Darby selepas ia dirampas pihak British sebelum Merdeka dan kini tanah tersebut dipulangkan semula kepada rakyat tempatan bekas pekerja buruh syarikat itu namun ia masih gagal.

Rubin yang juga merupakan Ketua Umno Tenom menegaskan bahawa meskipun pihak Sime Darby telah bermurah hati menempatkan bekas pekerja syarikat itu selepas persaraan mereka namun beliau masih belum berpuas hati kerana selagi belum memiliki geran, selagi itu status mereka masih boleh dianggap sebagai “setinggan”.

Walaupun tanah tanah tersebut yang mempunyai keluasan 200 ekar sudah diduduki penduduk terbabit (bekas pekerja syarikat itu) namun masalahnya status mereka masih samar samar selagi dokumen pemilikkan tanah itu yang menentusahkan bahawa tanah itu milik mereka.

Rubin beranggapan perjuangannya perlu diteruskan sebagai wakil rakyat sehingga pemilikkan mereka keatas tanah tersebut selesai sepenuhnya.

Kerajaan Sabah perlu melihat usaha Rubin itu secara positif kerana perjuangannya keatas tanah tersebut semata mata untuk masa depan anak cucu cicit bekas pekerja syarikat tersebut.

Namun pada hakikatnya, penduduk terbabit perlu mendapat bantuan daripada kerajaan bagi membetulkan status penghidupan mereka secara jangka panjang daripada terus bergantung kepada “ Corporate Social Responsiblity (CSR)” syarikat terbabit termasuk kawasan perkampongan Kg. Pantungon Sapong yang sering dilanda banjir selain mengalami tebingan sungai runtuh disebabkan hakisan.

Berhubung dengan rintihan penduduk Kg Tilis seramai 477 keluarga bakal kehilangan tanah dan perkampongan mereka kerana telah didakwa kononnya kawasan perkampongan dan tanah penduduk disitu telah memasuki kawasan Hutan Simpan dan SFI juga menjadi persoalan dan perlu penyelesaian.

Sesungguhnya, denyut nadi mereka telah mendapat perhatian dan simpati Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi ketika mendengar segala permasalahan tersebut yang di timbulkan perwakilan menyatakan kesediaannya akan menyampaikan perkara tersebut ke pengetahuan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dalam masa terdekat.

Masalah Kg Tilis bersama dengan 477 keluarga bukan perkara baru namun ianya sudah menjangkau lebih 30 tahun lalu sejak tahun 1978 selepas kumpulan ini dipindahkan ke perkampongan tersebut semasa era kerajaan Parti Berjaya pimpinan bekas ketua Menteri Sabah Mohd Harris Salleh dibawah program penempatan dan penyusunan semula masyarakat luar bandar.

Kelompok tersebut yang dipindahkan itu daripada dua perkampongan iaitu Kg Sumanggulu dan Kg. Kabintaluan telah menjadi mangsa keadaan kerana status mereka gagal diwartakan oleh beberapa kerajaan pada ketika itu terutamanya selepas Parti Berjaya ditewaskan pada tahun 1985. yang sepatutnya tanggung jawab tersebut diteruskan dan diselesaikan oleh kerajaan selepas itu seperti PBS dan BN.

Selain itu, masalah perkampongan Imahit dan Abingkoi juga telah menjadi sasaran Jabatan Perhutanan selepas kerajaan memutuskan bahawa Ordinan Tanah tidak mengiktirafkan kawasan Tanah Adat atau NCR yang berada dalam Hutan Simpan selepas tahun 1930 menyebabkan 6 orang penduduk ditangkap dan selepas dihadapkan ke Mahkamah disabitkan atas keselahan menceroboh kawasan Hutan Simpan.

Sedangkan setiap majlis perayaan sama ada Pesta Kaamatan mahupun Pesta Kalimaran Ketua Menteri Sabah kerap kali kedengaran mengumumkan bahawa tanah tanah hutan simpan yang tidak lagi produktif akan dikeluarkan menjadi “State Land” sebelum diagih agihkan kepada penduduk luar bandar yang tidak bertanah.

Bagaimana pun, janji itu tidak kesampaian sehingga pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) peluang BN untuk memenangi pilihanraya disesetengah kawasan amat tipis sekali telah menjadi kebimbangan pemimpin pemimpin BN terutamanya Umno ianya akan menyukarkan parti itu memenangi PRU14 jika masalah itu tidak ditangani segera - Suara TV
Boleh Dianggap ‘Setinggan’, Selagi Belum Dapat Geran Boleh Dianggap ‘Setinggan’, Selagi Belum Dapat Geran Reviewed by JANUARIUS on September 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.