Seo Services

Ahli Politik Terbabit Jenayah Tidak Dilindungi


LUMUT : Kerajaan Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk ahli politik yang didapati terbabit dengan kegiatan jenayah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius dakwaan terdapat ahli politik di negeri ini terbabit dengan kegiatan itu.

"Kerajaan negeri tidak pernah menyembunyikan apa-apa perkara kerana soal keselamatan adalah perkara yang serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Pembantu Khas Menteri Besar, Datuk V Elango di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Berhubung laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kawasan perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga dikuasai kumpulan mafia yang melakukan pelbagai kegiatan jenayah, Zambry berkata laporan itu perlu dibuktikan.

Semalam, Polis Perak menafikan dakwaan wujudnya kegiatan kumpulan mafia yang bermaharajalela di kawasan terbabit.- BERNAMA
Ahli Politik Terbabit Jenayah Tidak Dilindungi Ahli Politik Terbabit Jenayah Tidak Dilindungi Reviewed by Unknown on October 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.