Seo Services

Imigresen Cadang Insentif Penguatkuasaan RM200 Sebulan



KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen telah membuat kertas cadangan berhubung pemberian insentif penguatkuasaan sebanyak RM200 sebulan kepada semua anggota penguatkuasa jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata kertas cadangan itu telah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan perkara tersebut masih di bawah pertimbangan JPA.

Beliau mengulas permintaan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) yang mahukan pemberian insentif khas kepada anggota Imigresen yang melakukan tugas-tugas penguatkuasaan.

Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin mendakwa sehingga hari ini anggota dan pegawai Imigresen tidak menikmati apa-apa insentif khas semasa tugas penguatkuasan seperti agensi lain.

Aloyah berkata, ada antara perkara yang dibangkitkan KPISM itu sebenarnya telah ada dalam perancangan dan juga dalam tindakan jabatan.

"Bagi meningkatkan tahap profesionalisme anggota Imigresen serta bagi menaik taraf kemudahan latihan, jabatan itu telah mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menyediakan makmal forensik di Akademi Imigresen Malaysia yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan," katanya.

Selain itu, katanya, Jabatan Imigresen mendapat peruntukan sebanyak RM11.33 juta di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 'MyBeautiful Malaysia' bagi perbelanjaan pembaikan kuarters Imigresen di seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Aloyah memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan sejumlah RM1.04 bilion di bawah belanja mengurus dan pembangunan yang menunjukkan peningkatan peruntukan sebanyak 11.92 peratus berbanding Bajet 2014.- BERNAMA
Imigresen Cadang Insentif Penguatkuasaan RM200 Sebulan Imigresen Cadang Insentif Penguatkuasaan RM200 Sebulan Reviewed by Unknown on October 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.