Seo Services

Aidiladha: 1,200 Ekor Lembu Habis Ditempah


KUCHING: Tiga hari menjelang sambutan Aidiladha, sebanyak 1,200 ekor lembu yang disediakan PPES Ternak Sdn Bhd (PPES Ternak) untuk ibadah korban tahun ini, sudah habis ditempah pelanggan.

PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), merupakan pembekal utama ternakan korban di negeri ini sejak syarikat itu beroperasi 30 tahun lepas.

Tinjauan Bernama di PPES Ternak di Bintawa mendapati petugasnya kini mula melakukan proses penghantaran sebahagian lembu yang ditempah itu ke lokasi pelanggan.

Menurut Eksekutif Pemasaran PPES Ternak, Artino Arshad jumlah tempahan 1,200 yang diterima tahun ini meningkat berbanding 938 tempahan yang diterima tahun lalu.

"Pelanggan mula menempah lembu untuk sambutan Aidiladha sejak Februari. Dari segi harga PPES Ternak menetapkan harga seekor lembu berdasarkan saiz di antara RM4,100 hingga RM7,340 manakala harga daging lembu segar dijual di antara RM37 hingga RM46 sekilogram," katanya.

Artino berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, bekalan lembu untuk Aidiladha di negeri ini diperoleh dari ladang SEDC di Rosewood Cattle Station dan Strathmere Beardie Aggregation di Australia serta ladang di Karabungan, Miri.- BERNAMA
Aidiladha: 1,200 Ekor Lembu Habis Ditempah Aidiladha: 1,200 Ekor Lembu Habis Ditempah Reviewed by Unknown on October 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.