Seo Services

Awas Tawaran i-BR1M Palsu


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon atau penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), berhubung tawaran caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M).

LHDN dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima pertanyaan daripada pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa mereka dihubungi pegawai LHDN melalui emel dan SMS.

Menurutnya, individu berkenaan dikatakan menawarkan caruman i-BR1M serta membuat semakan terhadap status permohonan.

“Kami menasihatkan semua penerima emel dan SMS palsu berkenaan, agar menghapuskannya serta tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap sebarang arahan yang terkandung di dalamnya.

“Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya. - Rakyat Post
Awas Tawaran i-BR1M Palsu Awas Tawaran i-BR1M Palsu Reviewed by Salfian Nawawi on October 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.