BAKO: Atas kesedaran akan sistem pelupusan dan pembuangan sampah yang belum sempurna, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni menyarankan agar penduduk Kampung Bako mempelopori bidang baja kompos dengan intensif.
"Dengan keadaan kawasan perkampungan nelayan yang kebanyakannya terputus aksesibiliti, penduduk seharusnya mencari opsyen lain bagi kaedah pelupusan sampah yang lebih sistemetik kerana tiada pilihan buat masa ini."
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu Program Jejak Inovasi di Kampung Bako, Demak Laut di Kuching pagi tadi.
Hazland menyatakan, dengan adanya pengenalan sistem penanaman sisa pejal sampah kepada kompos, ianya akan memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar yang baik di samping ianya boleh menyumbangkan penambahan ekonomi kepada lebih dari dua ribu orang penduduk kampung berkenaan.
"Yang paling utama, adalah agar generasi muda melihat pelaburan baja kompos ini sebagai hasil komersil yang boleh mencapai pulangan pendapatan hidup," katanya lagi sambil biarpun setakat ini, sistem baja kompos ini masih lagi pada peringkat perintis.
"Dengan adanya sistem kompos ini, kita mahu melihat lebih ramai anak muda, terutamanya dari kampung ini menceburkan diri dengan lebih aktif agar baja kompos akan menjadi industri yang berjaya di kampung berkenaan satu hari nanti," tambahnya lagi.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Syarmila Mohammad Salleh bersama lapan orang kakitangan YIM dari Putrajaya.
Mereka juga akan membuat penilaian akan potensi penanaman dengan baja ini untuk dipatenkan dan menjadi kampung perintis projek kompos di Sarawak. - Sarawakiana
Baja Kompos Boleh Menyumbang Penambahan Ekonomi
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 21, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 21, 2014
Rating:

No comments: