PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) tidak akan dikunci pada Isnin seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, demikian menurut sumber universiti tersebut.
Menurut sumber itu, tiada notis dikeluarkan oleh pihak universiti berhubung dakwaan untuk menutup semua laluan masuk ke UM bagi menghalang kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dijadual untuk hadir ke UM pada Isnin bagi menyampaikan pidato anjuran persatuan mahasiswa universiti itu.
"Kami tidak mengetahui apa-apa arahan sedemikian.
"Pelajar-pelajar tidak diberi kebenaran untuk menganjurkan acara itu dan jika mereka masih teruskan, mereka perlu menerima akibatnya. Tetapi tidak ada kuncian," kata sumber itu pada Ahad.
Sebuah portal berita melaporkan bahawa semua pintu di universiti itu akan ditutup kecuali pintu utama bermula 7 pagi Isnin.
Laporan itu juga berkata polis akan bertanggungjawab ke atas keselamatan di universiti itu. - mStar
Dakwaan UM Dikunci Halang Program Anwar Tidak Benar
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 27, 2014
Rating:
No comments: