KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia telah menafikan ada mengeluarkan peringatan kejadian angin puting beliung di ibu negara dan Putrajaya.
Timbalan Ketua Pengarahnya (Iklim dan Cuaca) Alui Bahari yang dipetik dari Bernama sebagai berkata orang ramai tidak perlu panik khabar angin yang telah disebarkan.
"Orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat tersebut dengan alasan ia datang dari jabatan kami kerana ia adalah palsu," katanya semalam.
Beberapa laman media sosial sebelum ini telah menyatakan bahawa jabatan tersebut telah mengeluarkan amaran tentang kejadian puting beliung yang akan melanda di dua kawasan yang disebutkan pada masa yang terdekat. - Sarawakiana
Jabatan Meteorologi Malaysia Nafi Keluarkan Amaran Puting Beliung
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 27, 2014
Rating:
No comments: