Seo Services

Dua Cedera, Kilang Memproses Emas Terbakar

 

GEORGETOWN: Dua pekerja sebuah kilang memproses dan melebur emas cedera ketika cuba memadamkan kebakaran dalam kejadian di Lembah Kampung Jawa, Bayan Baru di sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lebih 50 pekerja sedang bertugas sebelum sebuah bilik yang digunakan untuk memproses dan melebur emas terbakar.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Pegawai Bomba Kanan Mohd Jefri Jamal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang.

Beliau berkata, sepasukan 30 anggota bomba bersama lima jentera dari Balai Bomba Jalan Perak dan Bayan Baru tiba di lokasi kejadian.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 3.23 petang selepas beberapa pekerja cuba memadamkan kebakaran menggunakan serbuk kering sebelum anggota bomba mengambil alih tugas memadam api.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian dan punca kebakaran masih lagi disiasat oleh pasukan forensik bomba.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati hanya dua pekerja mengalami kecederaan ringan semasa cuba memadamkan api di mana seorang daripada mereka hanya melecur di tangan manakala seorang lagi sesak nafas selepas terhidu asap," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Mohd Jefri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mangsa dalam keadaan baik.-BH
Dua Cedera, Kilang Memproses Emas Terbakar Dua Cedera, Kilang Memproses Emas Terbakar Reviewed by Unknown on October 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.