GENEVA: Beberapa negara Barat mengkaji semula langkah keselamatan di lapangan terbang dan sempadan berikutan kebimbangan bahawa wabak Ebola di Afrika Barat akan merebak di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berikrar akan meningkatkan usaha bagi membantu 15 negara Afrika mempertahankan diri mereka daripada virus berkenaan, yang sudah pun mengorbankan kira-kira 4,500 orang.
Perancis dan Sepanyol meletakkan beberapa mangsa di bawah pemerhatian dan di Liberia, negara paling teruk dilanda penyakit itu, menteri pengangkutannya menempatkan dirinya sendiri di bawah kuarantin berikutan kematian pemandunya.
Pesuruhjaya Kesihatan Kesatuan Eropah (EU) Tonio Borg berkata blok itu akan mengkaji semula ketibaan penumpang penerbangan dari Liberia, Guinea dan Sierra Leone, dengan bantuan WHO.
Menteri kesihatan EU pula yang mengadakan mesyuarat di Brussels, bersetuju untuk menyelaraskan langkah di pintu masuk 28 negara anggota. - AFP
Dunia Tingkat Langkah Elak Wabak Ebola
Reviewed by Unknown
on
October 17, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 17, 2014
Rating:

No comments: