Seo Services

Fenomena Belalai Gajah Dirakam Di Bintulu





Fenomena Belalai Gajah iaitu pusaran air dan angin yang di katakan berlaku di perairan Bintulu pada jam 10 pagi tadi adalah normal.

Jabatan Meteorologi Malaysia Kuching ketika dihubungi tengahari tadi telah mengesahkan kejadian tersebut dan menerangkan fenomena ini terjadi dalam skala kecil.

"Ianya tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam dan setakat ini, kami tidak menerima sebarang kerosakkan dan kemalangan jiwa ekoran kejadian tersebut," kata jurcakap jabatan tersebut lagi.

Kejadian alam berkenaan telah dirakam oleh beberapa orang saksi dan telah mempostingnya di media sosial.

Ianya seakan-akan pusaran air berlaku berdekatan laut Tanjung Kidurong ke udara dan ia disertai angin yang kencang. 

Walaupun ianya kelihatan seperti angin puting beliung atau angin "tornado" yang sering dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat dimana fenomena alam ini biasanya akan membinasakan apa jua pada laluannya, namun fenomena Belalai Gajah di Bintulu ini adalah sebaliknya. - Sarawakiana
Fenomena Belalai Gajah Dirakam Di Bintulu Fenomena Belalai Gajah Dirakam Di Bintulu Reviewed by Salfian Nawawi on October 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.