Seo Services

Gempa Bumi Di Iran , 16 Cedera

 
TEHRAN: Gempa bumi kuat berukuran 5.6 magnitud menggegar dua bandar di barat Iran semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang cedera tetapi tidak mengakibatkan kerosakan teruk terhadap kediaman, kata sumber Amerika Syarikat dan Iran.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 5 petang waktu tempatan dengan pusat gempa kira-kira 51 kilometer timur Dehloran di wilayah Ilam dekat sempadan dengan Iraq.

Kedalaman gempa pula ialah kira-kira 10 kilometer.-BH
Gempa Bumi Di Iran , 16 Cedera Gempa Bumi Di Iran , 16 Cedera Reviewed by Unknown on October 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.