SINGAPURA: Harga minyak meneruskan arah aliran penurunan dalam dagangan di Asia berikutan penjualan besar-besaran di pasaran ekuiti kerana pelabur bimbang mengenai unjuran ekonomi dunia, kata penganalisis.
Kontrak minyak penanda aras di Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran November jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun kepada AS$80.88 (RM264.76) pada sesi dagangan pagi ini, manakala kontrak Brent, juga bagi penghantaran November jatuh kepada AS$83.35 (RM272.85), terendah dalam empat tahun.
Pasaran saham serantau jatuh hari ini diterajui Tokyo, selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak begitu menggalakkan sehingga menjejaskan pertumbuhan di China, Eropah dan Jepun.
Negara anggota Pertubuhan Pengeluar Minyak Dunia (OPEC) setakat ini masih mengekalkan paras pengeluaran, malah banyak yang menurunkan harga untuk mendapat bahagian pasaran lebih besar. BH
Harga Minyak Meneruskan Arah Aliran Penurunan
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
October 16, 2014
Rating:

No comments: