KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah berdurasi 38 saat yang mirip seorang penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut mengundang rasa kecewa kedua-dua isteri dan anak-anaknya.
Mereka turut meluahkan rasa kecewa masing-masing atas penyebaran gambar screenshot ‘ustaz’ berkenaan tetapi berikrar akan menghadapi perkara ini dengan tabah.
Isteri pertama UAI, Rogayah Sulong dalam laman Facebooknya meluahkan rasa kecewa atas penyebaran gambar screenshot itu dan berdoa semoga Allah menutupi aib keluarganya.
“Subhanallah, hebatnya ujian dan dugaan Allah kepada keluarga kami, tidak tertanggung rasanya, ku mohon agar Mu (Allah) menutupi segala aib kami dan berilah kami kekuatan untuk menghadapi musibah ini.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan, semoga Allah merahmati kita semua dunia akhirat, ameen,” katanya.
Sementara itu, isteri keduanya, Nisya Wan berkata, terlalu banyak Whatsapp, Wechat dan BBM yang diterimanya untuk bertanya khabar dan mendoakan keluarganya.
“Terima kasih kepada sahabat dan ahli keluarga yang mendoakan kami. InsyaAllah kami akan kuat bersama kekuatan Allah yang kurniakan kepada kami,” katanya.
Dia dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa walau apa pun yang terjadi, dia akan tetap bersama dengan keluarganya dan sentiasa berbangga dengan suaminya.
Video lucah itu pada mulanya dimuat naik di laman blog Cili Padi dan kemudian menjadi viral di laman sosial beberapa jam seterusnya.
Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki mirip UAI dan ini ialah kes kali pertama seorang penceramah bebas dikaitkan dengan video intim dan rata-rata pengguna laman sosial terkejut dengan penyebaran video tersebut. - Rakyat Post
Isteri-isteri Azhar Idrus Kecewa Dengan Video Lucah
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 26, 2014
Rating:
Biasanya penganut agama PAS akan buat solat hajat perdana untuk kes seperti yang menimpa uai ini ... tetapi nampaknya tiada cadangan untuk membuat solat hajat perdana ... dah lah report polis tidak mahu buat ... solat hajat perdana pun tidak mahu buat juga ... hem ... faham2 ajerrlah ...
ReplyDeleteBiasanya penganut agama PAS akan buat solat hajat perdana untuk kes seperti yang menimpa uai ini ... tetapi nampaknya tiada cadangan untuk membuat solat hajat perdana ... dah lah report polis tidak mahu buat ... solat hajat perdana pun tidak mahu buat juga ... hem ... faham2 ajerrlah ...
ReplyDelete