SIMUNJAN: Rakyat Malaysia kini berdepan dengan cabaran perpaduan yang dibawa menerusi provokasi di media-media sosial.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri kepantasan maklumat yang disebarkan di media sosial boleh menjejas dan mengganggu gugat perpaduan di negara ini dalam sekelip mata.
"Orang ramai di ingatkan supaya tidak terburu-buru menilai sesuatu berita tanpa usul periksa daripada sumber yang boleh dipercayai."
Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Penangguhan Pertandingan Berzanji, Berzikir dan Nasyid sempena sambutan Awal Muharam/Maal Hijrah 1436H di Masjid Daerah Simunjan semalam.
"Ini kerana kesan yang diperolehi akibat terlalu cepat mempercayai berita tidak benar, boleh mengundang kepada perpecahan dalam masyarakat," katanya lagi.
"Perpaduan merupakan perkataan yang sangat sinonim dengan Sarawak lebih-lebih lagi di Simunjan," kata Nancy sambil menambah Simunjan, masyarakatnya yang terdiri daripada Melayu, Iban dan Cina selama ini hidup aman dan damai.
"Ini dapat dibuktikan apabila setiap kali diadakan program-program di kawasan itu, semua kaum yang tinggal berdekatan akan bersama-sama saling bantu membantu serta bergotong royong memastikan program yang diadakan berjalan lancar."
"Kita perlu mempertahankan perpaduan yang telah lama kita pelihara selama ini. Jangan gadaikan keharmonian ini kerana kesannya amat buruk sehingga boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat di negeri ini yang berbilang bangsa dan agama," katanya lagi. - Sarawakiana
Jangan Terburu-buru Menilai Berita Di Media Sosial
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 26, 2014
Rating:
No comments: