Seo Services

Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Bujang Taha


KUCHING: Kerajaan negeri akan membantu keluarga bekas jaguh bina badan negara era 1970-an dan 80-an, Datuk Bujang Taha, 77, yang meninggal dunia pada pukul 10.47 malam tadi akibat komplikasi kanser mulut, paru-paru dan asma malam tadi.

Menteri Muda Pembangunan Belia negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.

“Semua sedia maklum Allahyarham merupakan seorang yang sangat berjaya dalam bidangnya dan sukar untuk mencari penggantinya.

“Saya secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan ucapan takziah buat keluarga. Kabinet negeri akan berbincang bentuk sumbangan yang bakal diberikan kepada keluarganya," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah Allahyarham di Petra Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir melawat jenazah, Menteri Muda Hal Ehwal Islam negeri, Datuk Daud Abdul Rahman dan bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor.

Jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat zuhur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sisi keluarga selepas kira-kira seminggu dimasukkan ke dalam wad hospital berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Bujang Taha Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Bujang Taha Reviewed by JANUARIUS on October 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.