Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei tidak mengambil dadah terlarang sepanjang menyertai Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, itulah dijelaskan rakan terdekatnya yang enggan dinamakan.
Menurut pemain berkenaan, Chong Wei pernah memberitahunya sendiri, bermula dari pusingan pertama hingga perlawanan akhir menentang Chen Long, dia tidak ada mengambil sebarang dadah terlarang mahupun ubat penahan sakit.
“Dia hanya memberitahu saya mengambil suntikan sel induk (stem cell) sebelum menyertai kejohanan itu,” kata sumber berkenaan.
Chong Wei tidak menyertai Sukan Komanwel 2014 Glasgow kerana mengalami kecederaan paha dan untuk memastikan sempat sembuh sebelum Kejohanan Dunia, dia mengambil tiga kali suntikan sel induk.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu, mengambil tiga suntikan berkenaan di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang. myMetro
Lee Chong Wei Cuma Ambil Suntikan Stemcell, Bukan Dadah
Reviewed by Unknown
on
October 24, 2014
Rating:
No comments: