KUALA LUMPUR: Malaysia yakin Bekas Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail akan diberikan perbicaraan yang adil di New Zealand.
Rizalman, yang dituduh melakukan rompakan dan serangan dengan niat untuk merogol Tania Billingsley di rumahnya pada 9 Mei, akan berlepas pada malam Jumaat untuk menghadapi pertuduhan di Wellington.
Dua anggota polis New Zealand dan dua anggota tentera Malaysia akan menemaninya, menurut Kementerian Luar.
Rizalman, bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, akan didakwa semula atas pertuduhan terhadapnya.
Ini berikutan permintaan rasmi untuk ekstradisi oleh kerajaan New Zealand pada 3 Oktober lalu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Kementerian itu berkata pemergian Rizalman ke New Zealand adalah bukti kerjasama erat dari pelbagai agensi kerajaan di kedua-dua negara dan bersesuaian dengan peraturan undang-undang dari kedua-dua belah pihak.
Rizalman Berlepas Ke New Zealand Hadapi Pertuduhan
Reviewed by Unknown
on
October 24, 2014
Rating:
No comments: