Seo Services

Lelaki Sakit Mental Ditahan Selepas Tetak Abang Ipar


PEKAN: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditahan polis selepas menetak kepala, badan dan tangan abang iparnya dengan sebilah parang panjang di sebuah rumah dekat Permatang Pauh pada Ahad.

Polis turut merampas senjata berkenaan daripada suspek berusia 35 tahun itu, kata Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Yahaya Othman.

Beliau berkata suspek sudah dua kali ditahan di Wad Dahlia Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan mental.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, suspek berang setelah melihat Roslan Abdullah, 40, memarahi kakaknya sebelum tiba-tiba bertindak menyerang dan menetak mangsa.

"Mangsa yang cedera teruk terpaksa berlari ke rumah jiran berhampiran untuk meminta bantuan sebelum dikejar ke Hospital Pekan bagi mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di sini.

Yahaya berkata sebelum kejadian, mangsa yang bertengkar dengan isterinya telah ditegur suspek supaya jangan bergaduh.

Bagaimanapun, teguran itu tidak diendahkan mangsa menyebabkan suspek berang lalu masuk ke dalam sebuah bilik dan mengambil parang sebelum menyerang abang iparnya.

Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas menerima lebih 20 jahitan di kepala, badan dan tangan akibat tetakan itu.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Bernama
Lelaki Sakit Mental Ditahan Selepas Tetak Abang Ipar Lelaki Sakit Mental Ditahan Selepas Tetak Abang Ipar Reviewed by Salfian Nawawi on October 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.