Pihak Kementerian Pertahanan sedang berusaha mencari sebuah bot tempur milik Tentera Laut DiRaja malaysia (TLDM) yang dikatakan telah hilang komunikasi di Laut China Selatan berdekatan Pulau Layang-Layang, Sabah semalam.
Menurut satu kenytaan media dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, sebuah Bot Tempur CB90 TLDM yang akan ditugaskan untuk beroperasi di kawasan Terumbu Layang-Layang (Stesen Lima TLDM) telah hilang perhubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD PAUS semasa dalam perjalanan ke stesen tersebut.
Kehilangan perhubungan komunikasi radio ini berlaku dalam cuaca buruk di sekitar Pulau Mengalum pada jam 1115 hari ini.
KD PAUS dan Bot CB204 telah belayar ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk melaksanakan tugasan di kawasan operasi pada 5 Okt jam 5 pagi.
Operasi mencari sedang dilaksanakan oleh aset TLDM, APMM dan aset udara TUDM.
Walau bagaimanapun sehingga kini bot masih belum ditemui.
Krew bot tempur milik TLDM ini terdiri daripada tujuh orang dan diketuai oleh Leftenan Azri Bakar TLDM.
Operasi mencari masih diteruskan mengikut prosedur sedia ada.
Difahamkan, tiga kapal TLDM iaitu KD Lekiu, KD PAUS dan KD Serang bersama TUDM dan APMM turut membantu dalam Operasi Mencari dan Menyelamat yang sedang dijalankan. - Sarawakiana
Difahamkan, tiga kapal TLDM iaitu KD Lekiu, KD PAUS dan KD Serang bersama TUDM dan APMM turut membantu dalam Operasi Mencari dan Menyelamat yang sedang dijalankan. - Sarawakiana
Operasi Mencari Sebuah Bot Tempur TLDM Hilang
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 06, 2014
Rating:
No comments: