Seo Services

Pekerja Kilang Curi Cip Bernilai RM20 000, Diberkas


KUCHING: Cubaan seorang wanita yang berusia 25 tahun untuk mencuri cip bernilai RM20 000 dari sebuah kilang elektronik di Tabuan Jaya di sini gagal apabila tindakannya disedari oleh pengawal keselamatan.

Kejadian disedari sekitar jam 8pm semalam di kilang tersebut setelah pengawal keselamatan membuat pemeriksaan keatas wanita berkenaan sebaik sahaja selesai bertugas untuk shif pagi itu.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana, setelah melakukan pemeriksaan, pengawal keselamatan tersebut menemui satu bungkusan yang mengandungi lebih daripada 35 000 unit cip elektronik yang bernilai RM20 000 di dalam beg tangan suspek.

Laporan polis telah di buat di Balai Polis Tabuan Jaya dan suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut. - Sarawakiana
Pekerja Kilang Curi Cip Bernilai RM20 000, Diberkas Pekerja Kilang Curi Cip Bernilai RM20 000, Diberkas Reviewed by uMieySurianie on October 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.