Kerajaan negeri Kelantan bakal melaksanakan tindakan memenjara lelaki Islam jika gagal menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Pesalah akan dikenakan denda sehingga RM1,000 dan penjara setahun bagi kesalahan itu.
"Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan seminggu sekali. Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan.
Itulah pendekatan yang diambil kerajaan negeri Kelantan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Nassuruddin Daud.
"Sesiapa saja termasuk imam atau ahli jawatankuasa masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu menunaikan solat Jumaat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka." jelasnya lagi.
Namun pekara tersebut dipersoalkan oleh Wan Ubaidah Omar di DUN Kelantan yang mahukan penjelasan dari kerajaan negeri berhubung hukuman untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat Jumaat.
Menurut Nassuruddin yang juga ADUN Meranti, bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam dan imam yang dipertanggungjawabkan untuk mencatatkan kehadiran individu itu.
Sekiranya terdapat individu yang gagal melaksanakan solat Jumaat sebanyak 3 kali berturut-turut, sebarang tindakan akan diambil serta merta.-Sarawakiana
Penjara Setahun Jika Gagal Solat Jumaat 3 Kali Berturut-turut
Reviewed by Unknown
on
October 17, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 17, 2014
Rating:

No comments: