Seo Services

Permainan Strategi Online Yang Paling Popular



"Clash of Clans" (COC) adalah sebuah permainan animasi strategi di mana matlamat anda adalah untuk membina sebuah kampung, melatih tentera dan berperang dengan jutaan pemain lain dalam talian (online).

Pemain juga dikehendaki menaiktarafkan tentera-tenteranya dari "barrack biasa" yang terdiri dari "Barbarian, Archer, Goblin, Giant, Wall Breaker, Baloon, Wizard, Healer, Dragon dan Pekka".

"Dark Barrack" pula boleh memproduksikan tentera ajaib seperti "Minion, Hogrider, Valkyrie, Golem, Witch dan Lava Hound".

Pemain juga dikehendaki menaiktaraf bangunan dan senjata pertahanan jika mahu bersaing serta bertahan dari serangan-serangan pemain yang lain.

Namun apa yang menyeronokkan adalah dalam permainan ini adalah "Clan Wars" di mana pemain-pemain boleh bergabung didalam sebuah clan untuk berperang dengan clan yang lain.

Disinilah pemain harus ada skill untuk menyerang serta pemilihan tentera yang akan digunakan dalam peperangan itu nanti untuk mendapat "bintang" perperangan.

Namun kadangkala, permainan ini boleh menjangkaui animasi sehinggakan mencetus "pergaduhan" di alam realiti.


Setakat ini, permainan ini telah dimainkan oleh 7.6 juta pemain di seluruh dunia. - Sarawakiana
Permainan Strategi Online Yang Paling Popular Permainan Strategi Online Yang Paling Popular Reviewed by Salfian Nawawi on October 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.