Seo Services

Minyak Naik, Penduduk Long San Lebih Terbeban

Harga sebelum kenaikan itu bagi segelen petrol biasa RM17 manakala RM13 bagi diesel Long San
MIRI: Pengguna di kawasan luar bandar seperti Long San Baram berasa lebih terbeban dengan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa Khamis lalu.

Bekas Kaunselor Majlis Daerah Baram Anthony Lawai Karing berkata, harga sebelum kenaikan itu bagi segelen petrol biasa RM17 manakala RM13 bagi diesel.

“Pada harga itu (sebelum kenaikan), kos ke bandar raya Miri dari Long San untuk seorang sebanyak RM160 untuk perjalanan pergi balik menggunakan pacuan empat roda.

“Bayangkan apabila minyak naik, kos perjalanan itu akan bertambah dan membebankan,” katanya kepada Utusan Borneo dekat sini, semalam.

Jelasnya, beban semakin bertambah apatah lagi apabila harga barang turut naik.

Berkuat kuasa 2 Oktober lalu, berikutan kenaikan harga bahan api 20 sen seliter, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel RM2.20.

“Bahan api itu bukan sahaja diguna untuk pengangkutan malah bagi penduduk pedalaman, ia penting untuk kegunaan harian terutama keperluan jana kuasa dan enjin bot.

“Tambahan pula, kebanyakan penduduk di Long San bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air,” katanya.

Beliau berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu dengan segera bagi membantu meringankan beban bukan sahaja penduduk di Long San bahkan di semua kawasan pedalaman.

“Penduduk di sini sering dikenali sebagai penduduk ‘mewah’ kerana banyak jalan pembalakan, tetapi bukan betul-betul mewah dari segi kewangan,” ujarnya.

Perjalanan ke Long San mengambil masa enam jam dari Miri dan perlu melalui jalan pembalakan.

Beliau turut kecewa dengan keadaan jalan balak di beberapa kawasan Baram yang rosak akibat tidak diselenggara selepas syarikat pembalakan tidak lagi beroperasi di kawasan itu.

“Secara tidak langsung, ia akan mengundang kemalangan dengan jalan rosak,” katanya sambil berharap kerajaan turut mengambil serius masalah berhubung jalan di kawasan luar bandar terbabit. - UB
Minyak Naik, Penduduk Long San Lebih Terbeban Minyak Naik, Penduduk Long San Lebih Terbeban Reviewed by Salfian Nawawi on October 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.