Seo Services

Perompak Bersenjata Cederakan Suami Isteri


KUCHING: Polis sedang memburu beberapa orang suspek perompak bersenjata yang telah mencederakan sepasang suami isteri dalam satu rompakan di Jalan Stutong berdekatan dengan bandaraya ini semalam.

Di fahamkan, dalam kejadian tersebut, sekurang-kurangnya lima orang lelaki yang di percayai warga asing bersenjatakan parang telah menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa pada jam 2:30 pagi.

Menurut anak saudara mangsa, yang merupakan seorang warga German, yang membuat laporan polis berkaitan kes tersebut, semasa kejadian beliau berada di dalam bilit air rumah berkenaan.

Beliau meluru keluar dari bilik air setelah mendengar jeritan dari ruang tamu dan melihat bapa saudara serta isterinya yang telah mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian sambil menyatakan sisatan awal polis percaya lima suspek perompak disyaki warga asing berdasarkan bahsa yang digunakan sewaktu rompakan tersebut.

Bapa saudara mangsa, merupakan pemilik sebuah syarikat tempatan dan telah tinggal di Sarawak sejak 15 tahun dan semasa kejadian, mangsa baru pulang ke rumah dan tidak sempat menutup pintu.

Mangsa mengalami kecederaan 10 jahitan di kepala, manakala isterinya mengalami kesan tetakan pada tapak tangan dipercayai ditetak oleh perompak-perompak tersebut.

Kedua mangsa telah dirawat di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan pulang.

Perompak telah melarikan satu komputer riba, satu unit kamera digital Nikon dan sebuah beg yang mengandungi beberapa dokument peribadi.

Mendedahkan suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Kancil, Roslan juga menyatakan siasatan awal polis mendapati nombor pendaftaran pada kenderaan tersebut adalah palsu. - Sarawakiana

Perompak Bersenjata Cederakan Suami Isteri Perompak Bersenjata Cederakan Suami Isteri Reviewed by Salfian Nawawi on October 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.