Seo Services

Chelsea Kukuh Kedudukan, Arsenal Hampir Dimalukan Hull

Foto EPA


LONDON: Chelsea mengekalkan kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan sukar 2-1 ke atas Crystal Palace, malam tadi ketika Arsenal memerlukan gol penyamaan di masa kecederaan untuk mengelak kekalahan.

Hadir di Selhurst Park dengan memori duka yang dicipta musim lalu, Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho tidak memerlukan masa yang lama untuk meledak jaringan menerusi jaringan Oscar pada minit keenam perlawanan.

Begitupun, kelebihan yang diharapkan dengan rentetan serangan ke gawang Palace gagal dijelmakan The Blues malah terpaksa beraksi 10 pemain selepas Cesar Azpilicueta diarah keluar padang kerana memperoleh kad merah pada minit ke-40.

Ketika perlawanan dianggap mula berpihak tuan rumah, kelebihan itu juga rupanya tidak lama apabila pemain Palace, Damien Delaney diarah keluar padang hanya tiga minit selepas Azpilicueta menerima kad merah.

Kedua-dua pasukan tampil berbeza memasuki babak kedua namun Chelsea terlebih dulu meledak jaringan menerusi satu gerakan cantik dimulakan Cesc Fabregas sebelum disudahkannya sendiri pada minit ke-51.

Dan ketika perlawanan hampir berakhir tanpa tambahan jaringan, Palace memperoleh gol sagu hati yang dijaringkan Fraizer Campbell pada minit ke-90.

Di Emirates, Arsenal seakan belum pulih daripada kekalahan kepada Chelsea pada perlawanan terakhir liga sebelum rehat antarabangsa, dua minggu lepas apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Hull City.

Sekalipun terlebih dulu di depan menerusi jaringan Alexis Sanchez seawal minit ke-13, Hull pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mo Diame yang bijak memperdaya pertahanan Gunners sebelum menewaskan Wojciech Szczesny.

Hull kemudian memperoleh kelebihan apabila meledak gol kedua seminit babak kedua bersambung menerusi tandukan Abel Hernandez.

Dan ketika pelawat seakan mampu membawa pulang tiga mata berharga dari Emirates, penyerang England, Danny Welbeck bangkit menyamakan kedudukan 2-2 ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.-BH
Chelsea Kukuh Kedudukan, Arsenal Hampir Dimalukan Hull Chelsea Kukuh Kedudukan, Arsenal Hampir Dimalukan Hull Reviewed by Unknown on October 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.