KUCHING: Seorang remaja lelaki dicekup polis selepas memanjat pagar sebuah rumah di Tabuan Jaya berdekatan bandaraya ini semalam.
Kejadian berlaku lebih kurang jam 12:30 tengahari apabila tuan rumah tersebut, seorang wanita terlihat suspek sedang memanjat pagar dan memasuki bahagian beranda rumahnya.
Mangsa kemudiannya menjerit dan kebetulan sepasukan bit peronda polis melalui kawasan tersebut kemudiannya memberkas suspek.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika di hubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian.
Menurut Roslan, sisatan awal polis mendapati remaja tersebut pernah di tangkap di bawah kesalahan yang sama sebelum ini. - Sarawakiana
Remaja Dicekup Sewaktu Cubaan Mencuri
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 19, 2014
Rating:

No comments: