Seo Services

Polis Buru Pengfitnah Maya - KPD Kuching


KUCHING: Polis kini giat sedang menyiasat dan memburu individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu dalam media sosial berkaitan satu rakaman video kejadian rompakan sebuah kedai emas yang didakwa berlaku di Lebuh India di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menegaskan, kejadian tersebut bukan berlaku di bandaraya ini dan polis Kuching tiada menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian tersebut.

"Saya amat serius, kita akan menyiasat individu yang telah menyebar berita palsu ini kerana tindakannya boleh menakutkan orangramai."

Menjelaskan, kejadian tersebut bukanlah kes yang berlaku di Kuching, Roslan menyatakan pihak polis akan meneliti kes serta merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pengfitnah maya ini.

Roslan berkata demikian ketika di temui pemberita pada satu pelancaran Program ‘Walkabout High Profile Policing’ bersama penduduk perumahan Urat Mata di Tabuan Jaya di sini semalam.

Rakaman video selama 37 saat tersebut yang didakwa berlaku di Lebuh India Kuching telah menjadi viral di media sosial Facebook memperlihatkan tiga suspek perompak yang bersenjatakan pistol dan kunci stereng.

"Tindakan individu yang berbuat demikian hanya mahu mencemarkan bandaraya ini dan ianya boleh memberi kesan kepada kedatangan pelancong ke Kuching," katanya lagi sambil menambah memanglah jenayah ada berlaku di bandaraya ini tetapi ia tidak seteruk sepertimana yang telah diuar-uarkan oleh sesetengah pihak.

“Dalam media sosial, kes tersebut telah didakwa berlaku di India Street (Lebuh India) tapi kita langsung tidak menerima sebarang laporan mengenainya."

"Jangan nak sebar fitnah atau berita-berita palsu yang boleh menakutkan orangramai," kata Roslan serta memberi jaminan Kuching adalah bandaraya yang masih selamat.

Beliau juga mengingatkan orangramai yang menguar-uarkan kejadian jenayah yang berlaku dalam media sosial bukanlah menjadi satu kesalahan bahkan ianya adalah satu perkara yang baik namun dengan syarat ianya haruslah betul dan bukan berita palsu.

"Sebaik-baiknya, sekiranya ada maklumat berkaitan dengan sebarang aktiviti jenayah, tolonglah beri kerjasama kepada polis untuk mengambil tindakan yang wajar," kata Roslan lagi. - Sarawakiana
Polis Buru Pengfitnah Maya - KPD Kuching Polis Buru Pengfitnah Maya - KPD Kuching Reviewed by Salfian Nawawi on October 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.