Seo Services

Polis Marin Rampas Rokok Putih RM10.9 Juta Di Tawau


TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas kira-kira 532,500 bungkus rokok putih dianggarkan bernilai RM10.9 juta dalam Ops Paradise di kawasan perairan Ice Box, dekat sini, Jumaat lalu.

Semua rokok terbabit dirampas susulan pemeriksaan ke atas sebuah kapal dagang tukar barang yang dalam perjalanan ke Filipina, kira-kira jam 5.50 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan pemantauan PPM Tawau di perairan berkenaan dan rampasan itu juga adalah yang terbesar tahun ini.

"PPM turut menahan seorang juragan dan dua awak-awak dalam bot berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa atau memunggah barangan yang belum lulus cukai Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM).-BH
Polis Marin Rampas Rokok Putih RM10.9 Juta Di Tawau Polis Marin Rampas Rokok Putih RM10.9 Juta Di Tawau Reviewed by Unknown on October 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.