KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 30 Oktober bagi pengurusan kes pra perbicaraan ke atas penjual ikan yang berdepan hukuman mati mandatori atas dua tuduhan membunuh.
Zulkipli Abdullah, 23, yang muncul di hadapan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang didakwa membunuh dua pelajar perubatan dari Britain yang berada di sini untuk penempatan kerja.
Dia dituduh membunuh Aidan Brunger dan Neil Dalton, kedua-duanya berusia 22 tahun di Jalan Abell antara jam 4.10 pagi dan 4.15 pagi pada 6 Ogos.
Zulkipli diberkas pada hari sama tragedi itu bersama lima suspek lain.
Hakim semalam mengarahkan agar reman tertuduh dilanjutkan memandangkan pembunuhan merupakan kes tidak boleh jamin.
Mahkamah turut mengarahkan dia untuk melibatkan peguam bagi mewakilinya.
Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamad hadir bagi pihak pendakwaan.-BP
Pra perbicaraan kes bunuh pelajar Britain pada 30 Oktober
Reviewed by uMieySurianie
on
October 01, 2014
Rating:
No comments: