Wajah suspek yang dkenalpasti menggodam mesin atm baru-baru ini. |
KUALA LUMPUR : Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh bank untuk menghalang mesin juruwang automatik (ATM) daripada serangan siber, iaitu termasuk menaik taraf sistem operasi komputer.
Langkah pencegahan awal itu dapat menangkis kejadian yang tidak diingini seperti kejadian yang dilakukan satu sindiket dipercayai Amerika Latin menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Johor dan Melaka membabitkan kerugian hampir RM3 juta minggu lepas.
Kumpulan itu dipercayai menggodam sistem ATM menggunakan sim kad telefon dan teknologi telefon canggih tetapi tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.
Sebuah syarikat keselamatan perisian komputer berpangkalan di Amerika Syarikat, Symantec, mencadangkan agar bank menaik taraf komputer mereka kepada sistem operasi komputer seperti Windows 7 atau 8.
Dalam laman webnya di www.symantec.com, syarikat itu berkata bank seharusnya menyediakan perlindungan fizikal yang mencukupi dan mempertimbang pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di ATM.
Symantec berkata, langkah lain ialah dengan mengunci BIOS komputer untuk menghalang pengebutan semula media yang tidak dibenarkan, seperti CD-ROM atau USB stick.
"Menggunakan penyulitan cakera penuh bagi menghalang cakera diganggu dan menggunakan sistem kunci penyelesaian seperti Pusat Data Keselamatan Symantec: Server Advanced (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Perlindungan Kritikal)," kata Symantec.
Ia berkata dengan menggunakan kaedah itu, penyerang mungkin berhadapan kesukaran untuk menggodam ATM tanpa bantuan orang dalam.
Menurut syarikat itu, mesin ATM lama menggunakan Windows XP terdedah kepada serangan siber oleh penjenayah siber menggunakan teknik canggih terutama apabila ditempatkan di lokasi yang jauh.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah keselamatan fizikal yang mencukupi bagi komputer di dalam ATM untuk menahan serangan tersebut. - Bernama
Naik Taraf Sistem Operasi ATM Cegah Digodam
Reviewed by Unknown
on
October 01, 2014
Rating:
No comments: