Seo Services

Rayuan Pesakit Kanser Di Aplikasi Whatsapp Mendapat Perhatian PKJP


KUCHING: Berita melalui aplikasi WhatsApp serta laman sosial yang mengatakan wujudnya seorang pesakit daif yang disahkan menghidap kanser tahap empat di Taman Desa Wira, di sini sejak beberapa hari lalu telah mendapat perhatian dari Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) semalam.

Pengerusi PKPJ, Datin Amar Jumani Tun Tuanku Bujang berkata, pihaknya bertindak dari laporan berhubung rayuan Abu Sufian, 35, seorang Mualaf yang mnghidap kanser tahap kritikal dan yang menumpang di rumah ibunya yang berbangsa Teonghua di Batu Kawa melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Menurutnya, pihak PKPJ difahamkan bahawa ada beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain dan juga ajensi-ajensi kerajaan yang prihatin telah melawat pesakit ini namun setelah PKPJ menjalankan pemeriksaan kesihatan melalui seorang doktor perubatan dari Pasukan Perubatan Saberkas Cawangan Satok telah berusaha mendapatkan khidmat ambulan dari Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak untuk menghantar pesakit tersebut ke wad kanser hospital bagi menerima rawatan yang di perlukan katanya.

Tambahnya, laporan berhubung kes berkenaan akan dibuat dan akan dihantar ke pihak Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan supaya orang ramai yang mempunyai masaalah sedemikian untuk sentiasa tampil kehadapan khususnya yang datang dari kerluaga yang kurang berkemampuan.

Turut hadir di rumah pesakit bersama Datin Amar Hajjah Jumani Tun Tuanku Haji Bujang ialah Setiausaha PKPJ Dr Haji Muhammad Abdullah Haji Zaidel, Bendahari PKPJ Dr Haizul Amri Mohd Dzulkafli dan AJK Persatuan Norlida Lek. - Sarawakiana
Rayuan Pesakit Kanser Di Aplikasi Whatsapp Mendapat Perhatian PKJP Rayuan Pesakit Kanser Di Aplikasi Whatsapp Mendapat Perhatian PKJP Reviewed by Salfian Nawawi on October 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.