Seo Services

Suspek Utama Kes Bom Bukit Bintang Diburu


KUALA LUMPUR : Polis memburu seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suspek utama kes letupan bom di Bukit Bintang selepas kelibatnya dirakam di tingkat dua kelab hiburan berkenaan ketika kejadian tempoh hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata polis akan menyebarkan gambar suspek dalam masa terdekat untuk membantu menjejaki lelaki itu.

"Kini polis masih menunggu gambaran lebih jelas wajah suspek untuk disiarkan supaya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu boleh memberinya untuk bantu siasatan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen KL (IPKKL), di sini, sebentar tadi.-BH
Suspek Utama Kes Bom Bukit Bintang Diburu Suspek Utama Kes Bom Bukit Bintang Diburu Reviewed by Unknown on October 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.