Seo Services

Anwar Ibrahim Pertikaikan Halangan Kemasukan Beberapa Individu Ke Sarawak


Isu halangan beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang dari Semenanjung untuk memasuki Sarawak oleh kerajaan negeri ini menjadi salah satu dari tajuk utama ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya rayu agar Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem agar mengkaji semula keputusan kerajaan negeri menghalang beberapa orang pemimpin pembangkang dan individu pro pembangkang dari memasuki negeri ini."

"Saya amat kesal dengan pendirian kerajaan negeri yang masih mengekang kemasukan ahli Parlimen dari PKR ke Sarawak walaupun kedatangan mereka bukan untuk mengundang ancaman keselamatan."

Mengakui yang kerajaan negeri Sarawak sememangnya mempunyai bidang kuasa untuk menjaga keselamatan negeri, Anwar berkata namun ianya sepatutnya bukan untuk disalahgunakan bagi mempertahankan kuasa.

"Saya menyeru Ketua Menteri agar mengkaji semula keputusan menghalang tokoh politik (PKR)," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media disebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching petang tadi, salah satu daripada destinasi "roadtour"nya di Sarawak.

Setakat ini, individu yang dihalang dari memasuki Sarawak adalah Rafizi Ramli (PKR-Pandan), R. Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku, Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah serta Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Bahagian Sabah Jannie Lasimbang. - Sarawakiana
Anwar Ibrahim Pertikaikan Halangan Kemasukan Beberapa Individu Ke Sarawak Anwar Ibrahim Pertikaikan Halangan Kemasukan Beberapa Individu Ke Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on November 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.