Seo Services

Suspek Kes Tetak "Silap Orang" Taman Sukma Ria Diberkas Polis


Dua dari empat suspek yang dipercayai terlibat dalam satu serangan bersenjata ke atas seorang lelaki di Taman Sukma Ria baru-baru ditahan polis semalam.

Mengesahkan tangkapan terkini tersebut, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menyatakan dua suspek berkenaan diberkas polis lebih kurang jam 4 petang.

"Pihak Jabaran Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat tangkapan keatas dua suspek yang berumur 24 dan 29 tahyn yang dipercayai terlibat dalam kejadian di Sukma Ria semalam."

Sumber polis mendedahkan kedua suspek dipercayai bekerja sebagai penjual VCD di sekitar Kuching dan salah seorang dari mereka telah pun mengaku menyerang mangsa dengan parang.

Dalam kejadian tersebut seorang lelaki cedera parah setelah di serang empat orang suspek bersenjatakan parang dan kayu di Taman Sukma Ria. (klik sini untuk berita tersebut)

Kedua suspek telah ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Kesiksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata dan akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman bagi membatu siasatan.

Sementara itu, polis masih lagi memburu dua lagi baki suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut. - Sarawakiana
Suspek Kes Tetak "Silap Orang" Taman Sukma Ria Diberkas Polis Suspek Kes Tetak "Silap Orang" Taman Sukma Ria Diberkas Polis Reviewed by Salfian Nawawi on November 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.