Dua Beradik Didakwa Kemuka Invois Palsu Lebih RM7 Juta

Seo Services
Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Dua beradik, termasuk seorang yang juga pemilik syarikat kejuruteraan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 11 pertuduhan mengemukakan invois dan pesanan penghantaran palsu berhubung urusan pembelian barangan elektronik berjumlah lebih RM7 juta, antara tahun 2008 hingga 2011.

Lim Ann Kok, 60, dan adiknya, Lim Ann Liang, 47, yang juga ketua pegawai kewangan, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin, tepat jam 10.45 pagi, sebentar tadi.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Rosbiahanin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Januari ini untuk sebutan semula kes. - BH
Dua Beradik Didakwa Kemuka Invois Palsu Lebih RM7 Juta Dua Beradik Didakwa Kemuka Invois Palsu Lebih RM7 Juta Reviewed by uMieySurianie on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.