Seo Services

Feri Dinaiki 500 Penumpang Terbakar Di Perairan Greece


ATHENS: Sebuah feri yang membawa hampir 500 orang penumpang terbakar yang sedang dalam dari Greece ke Itali awal hari ini, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan mereka dipindahkan.

Kapal berhampiran diarahkan mengambil penumpang dan anak kapal dari feri Norman Atlantic di barat Pulau Corfu.

Sementara itu, penumpang dikatakan terpaksa menunggu di dek yang tinggi sekitar enam jam, kerana bot penyelamat tidak dapat membawa mereka keluar dari kawasan terbabit.

Operasi menyelamat dikatakan sangat sukar berikutan cuaca buruk.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Sebuah bot Pengawal Pantai Itali berada di tempat kejadian dan satu helikopeter dengan masing-masing dari Tentera Laut dan Tentera Udara pihak Itali.

Feri berkenaan berlepas dari pelabuhan Patras, Greece ke Ancona, Itali. - RakyatPost
Feri Dinaiki 500 Penumpang Terbakar Di Perairan Greece Feri Dinaiki 500 Penumpang Terbakar Di Perairan Greece Reviewed by Salfian Nawawi on December 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.