KOTA BHARU: Beribu kilogram bekalan makanan diterbangkan dari Pengkalan Udara Subang ke Kelantan dalam usaha bersepadu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Di Subang, seorang tentera yang enggan namanya disiarkan sedang memeriksa butiran individu yang menaiki pesawat C-130 berkata: “Maaf, sudah dua hari saya tidak jumpa bantal,” (tidak tidur).
Seorang anggota tentera yang mahu dikenali sebagai Zul berkata dia ditugaskan untuk memeriksa bekalan makanan bermula awal pagi hingga larut malam.
“Sumbangan ini datangnya daripada syarikat swasta, organisasi dan individu dan ia akan dihantar ke Kota Bharu,” katanya.
Berdasarkan tinjaun The Rakyat Post, sumbangan yang diberikan orang ramai berupa bekalan makanan, perubatan dan juga keperluan harian.
Setelah menaiki penerbangan C-130 yang panjang dan cukup memanaskan serta bising, akhirnya bekalan itu mendarat di Kota Bharu.
Di Kota Bahru, terdapat beberapa tentera yang ditugaskan mengambil bekalan itu dan mengagihkannya kepada mangsa banjir. - RakyatPost
Banjir: Anggota ATM Bekerja Tanpa Henti
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 29, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 29, 2014
Rating:

No comments: