JAKARTA: Operasi mencari pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang disambung semula pagi ini, kata pihak berkuasa Indonesia.
Panglima Pertama Sigit Setiayana di Pusat Arahan Penerbangan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara Surabaya, berkata 12 kapal laut, lima pesawat dan tiga helikopter serta beberapa kapal perang Indonesia dikerah mencari pesawat berkenaan.
Kapal dan pesawat dari Singapura dan Malaysia turut menghantar aset masing-masing manakala Tentera Udara Australia menghantar pesawat mencarinya.
Setiaya berkata, setakat ini jarak penglihatan di laut adalah baik.
"Dengan izin Tuhan, kita akan menemuinya secepat mungkin," katanya.
Pesawat AirAsia Indonesia itu terputus hubungan dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura, pagi semalam.
Misi mencari pesawat berkenaan terpaksa berdepan dengan hujan lebat semalam sebelum ditangguhkan malam tadi. - AFP
QZ8501: Operasi Cari Pesawat Hilang Diteruskan Semula Pagi Ini
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2014
Rating:

No comments: