Seo Services

"Gurauan" Bernilai RM308,000


Gurauan seorang doktor mengenai kehadiran bom didalam bagnya di sebuah lapangan terbang mengundang padah apabila beliau di denda sebanyak RM308,000 semalam.

Menurut AFP, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada bulan Oktober lepas apabila Manuel Alvarado, 60, seorang pakar bedah bergurau dengan seorang petugas keselamatan lapangan terbang tersebut.

Gurauan tersebut sebaliknya menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dikosongkan demi keselamatan penumpang serta kakitangan premis tersebut.

"Manuel terpaksa membayar hampir $90,000 (RM308,000) gara-gara "gurauan"nya itu yang telah menyebabkan lapangan terbang tersebut dikosongkan serta beberapa penerbangan terpaksa ditangguh dan juga penghantaran unit polis pemusnah bom untuk memeriksa lapangan terbang berkenaan," jelas peguamnya Brian Bieber.

Difaham kejadian berlaku pada 22 Oktober lepas sejurus Manuel hendak menaiki pesawat penerbangan Avianca ke Bogota di mana beliau menyatakan beliau membawa bahan letupan C-4 di dalam bagnya apabila ditanya seorang petugas keselamatan.

Biarpun doktor dari Venezuela itu menyatakan beliau hanya bergurau selepas itu, ianya sudah terlambat kerana pihak lapangan terbang tersebut amat serius berkaitan dengan aspek keselamatan.

Manuel kemudiannya membayar denda tersebut dan dibenarkan balik ke negara asalnya. - Sarawakiana
"Gurauan" Bernilai RM308,000 "Gurauan" Bernilai RM308,000 Reviewed by Salfian Nawawi on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.