Pengarah media GOP, Elizabeth Lauten dikecam untuk meletak jawatan kerana mengkritik cara dua anak remaja Barack Obama itu berpakaian.
Elizabeth yang juga pengarah komunikasi Fincher memuat naik komen dalam laman Facebook mengkritik penampilan dua anak perempuan Obama, Malia, 16 dan Sasha, 13 yang dianggap sepatutnya lebih mengutamakan ‘kelas’ ketika majlis sempena Hari Kesyukuran di Rumah Putih, minggu lalu.
“Wahai Sasha dan Malia, saya faham anda sedang melalui zaman remaja yang sukar, tetapi anda sebahagian daripada keluarga Presiden, jadi anda harus cuba menunjukkan sedikit minat.
“Anda sepatutnya memakai pakaian yang menunjukkan kehormatan anda, bukan seperti berada di dalam bar. Anda juga tidak patut membuat muka dalam acara yang disiarkan oleh televisyen,” katanya, dalam mesej laman web sosial berkenaan yang dipetik sumber, Mail Online.
Elizabeth kemudian memohon maaf dan memadamkan komen berkenaan ekoran kecaman pengguna media sosial.
Ketua kakitangan ahli kongres Stephen Fincher, Jessica Carter mengesahkan peletakan jawatan Elizabeth Lauren itu Isnin lalu tanpa mengulas lanjut.- Sarawakiana
Hilang Pangkat Kerana Kutuk Anak Obama
Reviewed by Unknown
on
December 03, 2014
Rating:
.jpg)
No comments: