PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen merupakan agensi kerajaan yang menunjukkan kadar rasuah yang tertinggi di antara agensi kerajaan.
Ini diakui sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata daripada 10 agensi dan jabatan kerajaan yang disenaraikan SPRM, Jabatan Imigresen menunjukkan kadar tertinggi rasuah.
Beliau yang dipetik dari sebuah portal semalam menambah, Jabatan Imigresen berada di kedudukan teratas bagi kes rasuah yang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet, baru-baru ini.
Menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang memalukan dirinya, Zahid berkata hanya disebabkan beberapa orang indvidu yang membuat salah, kita yang tidak terlibat pun terkena imej buruk itu.
“Kedudukan tersebut berdasarkan laporan yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini termasuk laporan telah disahkan dan kes pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Apabila ditanya sama ada 10 jabatan lain melibatkan jabatan penguatkuasaan, Ahmad Zahid berkata, beliau hanya menumpukan kepada dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. - Sarawakiana
Jabatan Imigresen Paling Banyak Rasuah
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 03, 2014
Rating:

No comments: