Satu berita gembira untuk gadis malang yang berusia 22 tahun, Nur Shafiqa Lah yang ditoreh penyamun dalam kejadian pecah rumah kelmarin.
Menurut Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mafauzy Mohamed, wajah Shafiqa boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif,
"Kita mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang mencukupi untuk melakukan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik," tambah beliau.
Pembedahan ekonstruktif memerlukan masa antara dua hingga tiga jam rawatan dengan kos ditawarkan paling minimum bagi kes kerosakan wajah.
Pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) boleh merawat apa sahaja kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain.
Hal ini kerana kepakaran yang dimiliki oleh pihak HUSM termasuklah kes yang menimpa mangsa.
"Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil." katanya. - Sarawakiana
Kerosakan Wajah Gadis Malang Ini Dapat Dibina Semula
Reviewed by Unknown
on
December 03, 2014
Rating:

No comments: