Larangan Kemasukan Zuraidah Ke Sarawak Adalah Wajar

Seo Services

Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan larangan Kerajaan Negeri ke atas Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dari memasuki Sarawak baru-baru ini adalah tindakan yang wajar.

"Tindakan melarang Zuraidah adalah satu langkah mempertahankan Sarawak dan masyarakatnya kerana ia sememangnya adalah tugas dan tanggungjawab Pentadbiran Negeri Sarawak."

"Mereka (Kerajaan Negeri Sarawak) lebih arif untuk menilai apa yang mereka rasakan baik untuk negeri dan rakyat Sarawak."

"Kerajaan Negeri Sarawak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak," jelasnya lagi.

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong dihubungi Sarawakiana sebentar tadi bagi mendapat komen beliau mengenai penghalangan kemasukan Zuraidah ke Sarawak serta kenyataan Zuraidah yang akan mengambil tindakan ke atas kerajaan Sarawak kerana melarangnya dari memasuki negeri ini.

Mengenai kenyataan Zuraidah yang ingin mengambil tindakan ke atas Kerajaan Negeri Sarawak di atas larangan tersebut, Junaidi menyatakan itu terpulang kepada beliau (Zuraidah).

"Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati atas keputusan di buat oleh Kerajaan juga mempunyai hak membawa kes ke mahkamah, ini adalah sistem pentadbiran Negara yang di turun ke Negeri," jelasnya lagi.

Pada hari Ahad lepas, Zuraidah, yang juga Ahli Parlimen Ampang yang dijadualkan menghadiri sebuah ceramah politik bersama Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinafikan kemasukannya ke Sarawak.

Difahamkan larangan Zuraidah untuk memasuki Sarawak adalah di bawah Seksyen 8 (3) yang dibaca bersama Seksyen 65 A/1 Akta Imigresen 1959/63, yakni di bawah bidang kuasa Negeri Sarawak. - Sarawakiana
Larangan Kemasukan Zuraidah Ke Sarawak Adalah Wajar Larangan Kemasukan Zuraidah Ke Sarawak Adalah Wajar Reviewed by Salfian Nawawi on December 02, 2014 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.